Kelas eLearning & Keselamatan Komputer

24 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

23 Jun 2019 – Kelas eLearning & Keselamatan Komputer telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Linggi dengan kehadiran seramai 4 orang pelajar berumur 12 tahun hingga 14 tahun. Kelas selama 2 jam ini bermula pada pukul 10 pagi hingga 12 tengahari.

Antara yang diajar pada hari ini ialah eLearning di abcya.com iaitu lama web yang menyediakan latihan pendidikan dalam bentuk permainan yang interaktif. Antara permainan yang digunakan untuk pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris pada hari ini ialah Hold The Phone - An Idiom Game, Feed Me Fraction, Math Quiz, Submarine Spelling Practice.

Kemudian peserta di ajak untuk membuat tugasan yang melatih kreativiti pelajar iaitu bermain lego builder chrome extension. Tenaga pengajar iaitu Pengurus PI Linggi – Encik Aiman Mudzafar, mengarahkan peserta membuat model bangunan. Rekaan yang paling menarik dan kreatif dikira pemenang.

Kesinambungan dari arahan menggunakan chrome extension dan memuat turun aplikasi, peserta turut diberi sedikit taklimat advokasi mengenai keselamatan komputer iaitu bahaya Spyware & Malware. Kelas diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi pemenang rekaan model lego online terbaik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali